Sahabat ialah seorang yang indah dan selalu menemani kita.Kalau tak ada sahabat sebelah kita,kita akan rasa sedih,bosan dan sebagainya.Bukan itu sahaja,tak mustahil seakrab mana pun persahabatan kamu semua,pasti ada asam garamnya juga.Pasti tak setiap masa kamu semua akan setuju dengan perbuatan dan kata-katanya.
Kalau dah terlanjur berselisih faham pula.Jadi kita haruslah menjaga dan cuba rapatkan kembali persahabatan antara kita.Pasti semua akan risau.BENARKAN ITU???
Saya punya tips sedikit.
AJAK MAKAN BERSAMA
Sepatutnya tidak sukar untuk kamu semua berlagak seperti biasa dan mengajaknya makan di kantin sekolah seperti sebelum-sebelumnya.Tapi kalau nak bagi sahabat lebih teruja,ajaklah dia menikmati hidangan di restoran kegemaran kamu semua dan dia.Kalau tak nak rasa canggung pastikan kamu semua bersedia dengan pelbagai cerita-cerita menarik untuk dikongsi bersamanya.
HADIAHKAN SESUATU SETIAP KALI
Kamu semua dan sahabat mungkin berkongsi minat yang sama.Sebagai contoh,mengumpul majalah,menulis lagu,menciptakan puisi dan sebagai-bagainya.Kebetulan kamu semua terbaca statusnya di FACEBOOK bahawa dia tak sempat membeli majalah,menulis lagu atau menciptakan puisi yang terbaru.Itu adalah jalan mudah atau masa tertentu untuk menghadiahkan yang dia inginkan kepadanya.Pasti dia akan terharu dan lebih menyayangi kamu semua.
BERKONGSI CERITA SELEBRITI
Siapa yang tak suka mendengar berita terbaru artis kegemarannya,kan? Ia juga adalah salah satu cara mudah untuk mengakrabkan persahabatan dengan berkongsi perkara-perkara yang saling disukai.Jadi kalau ada perselisihan faham tu,mungkin boleh dilembutkan kembali dengan cerita artis kegemarannya.
Sebagai contoh,dia seorang Directioner atau Belieber.Jadi,kalau ada sebarang informasi terbaru tentang One Direction atau Justin Bieber di Twitter,kamu semua beritahu sahaja namanya.Begitu juga di Facebook,kamu semua boleh tag dia dalam post terbaru tu.
Kamu semua juga mungkin boleh dapatkan sumber dari tempat lain seperti website dan blog dan share dengannya.Pasti dia suka dan mengajak kamu semua berbual seperti biasa.
BELANJA MENONTON WAYANG
Kamu semua dan sahabat pasti sudah saling mengenali pelakon idola masing-masing.Kebetulan,filem terbaru pelakon idolanya sedang ditayangkan di pawagam.Ajak dia berbual tentang filem-filem lakonan pelakon idolanya itu dan mungkin kamu semua juga boleh berbahas dengannya dan memihak kepada pelakon idola kamu semua.
Perbualan akan jadi lebih menarik.Akhir sekali,ajak dia menonton filem terbaru pelakon idolanya dan katakan kamu semua akan belanja tiketnya.Dah tentu tiada ruang untuk dia menolak.
MINTA BANTUAN
Kamu semua tentu arif tentang kelebihan dan kekurangan sahabat.Sesiapa juga pasti akan berasa dihargai apabila orang meminta bantuan dalam bidang yang dikuasainya.Kamu semua cubalah gunakan kelebihannya untuk berbaik semula.
Sebagai contoh,sahabat kamu semua tu pandai mengedit gambar dan blog,minta bantuannya kemudian teruskan kongsikan hasilnya di Facebook dan mention namanya serta ucapkan terima kasih.Apabila dihargai,hatinya juga akan senag dan pasti sengketa lama akan terhapus.
YHA...inilah tips daripada saya...siapa ada masalah,tolonglah menyelesaikan dengan segera dan dengan cara yang betul.
Apabila dah berselisih faham,mungkin lepas tu persahabatan akan jadi kurang seronok.Situasi canggung pasti akan berlaku.Jadi,kamu semua kenalah yakin apabila memujuk sahabat.Buatkan dia rasa bahawa kamu semua adalah seorang sahabat sejati.
GOOD LUCK!!! ^_^
No comments:
Post a Comment