66FF66

Thursday 27 June 2013

Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah

   Pentas terbaik anak-anak kita menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah.Sekolah juga ialah platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa kelak.Kerajaan negara kita yang berprihatin senantiasa mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah yang sesuai bagi pendidikan anak-anak kita.Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan kawasan sekolah bagi kebaikan semua warga sekolah dan membentuk generasi berpendidikan pada zaman akan datang yang sihat dan sejahtera.

   Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah.Sampah-sampah yang diuruskan dengan sempurna di dalam kelas memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa.Sikap pelajar yang menjalankan tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin dan bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar sampah.Melalui ini,tumpuan pelajar-pelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari itu dengan lebih berkesan.Guru-guru juga kita tidak akan membazirkan masa pengajaran mereka dengan menyuruh murid membersihkan kelas.Secara tidak langsung,sesi pembelajaran dan pengajaran akan dilaksanakan dengan sempurna.

   Seterusnya,kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan mengharumkan nama sekolah.Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat luar.Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya bahagian pentadbiran sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya.Sekolah yang memiliki kawasannya dalam keadaan bersih akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah terdekat dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan.Oleh yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan kawasan setiap masa.

   Di samping itu,pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika kawasan sekolah bersih selalu.Kawasan sekolah yang bebas sampah-sampahyang boleh bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggiyang dapat membahayakan nyawa anak-anak kita.Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk manakala semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang berbahaya.Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit tidak mengancam
kesihatan anak-anak kita.Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan bebas daripada sebarang kemungkinan.Oleh itu,usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.

   Tambahan pula,kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamt.Matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah kebersihan.Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan kewujudan kawasan sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang gangguan.Aktiviti perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek kebersihan.Melalui ini,pelajar akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain kokurikulum.

    Kesimpulannya,dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan seperti mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim,nescaya kekotoran dan sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan bersih dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga,'Jiwa yang Suci Terpancar daripada Diri yang Bersih,'.Justeru,marilah kita bersama-sama memastikan kawasan sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.

24 comments:

  1. Replies
    1. Ni karangan untuk pelajar menengah rendah ke,menengah atas? thank you

      Delete
  2. This help me so much but I think theres a spelling eror

    ReplyDelete
  3. Panjangnya karangan ni

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. saya sekolah rendah
    ~irsya~ #sister

    ReplyDelete
  6. Terima kasih banyak banyak untuk info yg amat berguna kepada kami semua iaitu batch 04 MRSM MERBOK tahun 2020 FORM4😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wau...��hahhaha sama batchf42020

      -mrsm transkrian

      Delete
    2. Tq so much...Very helpful

      Delete