66FF66

Monday 24 June 2013

CONTOH JAWAPAN KOMSAS TINGKATAN 1

Soalan 1
Berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan satu iaitu novel Hikmah nyatakan tema dan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.Nyatakan contoh-contoh peristiwa yang sesuai dengan kenyataan yang diberikan.

          Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan satu iaitu novel Hikmah terdapat tema dan beberapa persoalan dalam novel tersebut.Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tigkah laku.Contohnya Amri ialah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya.Malangnya sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.Ayahnya yang terlibat dalam perjudian dan dadah sering merampas wang dan barang kemas daripada ibu Amri.Amri yang melihat kekasaran ayah terhadap ibunya merasa marah.Untuk melepaskan tekanan dan kemarahannya Amri memeras ugut pelajar yang lemah dan meminta wang perlindungan.

          Persoalan yang pertama dalam novel ini ialah tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga.Contohnya sebagai ketua keluarga bapa bertanggungjawab menyediakan segala keperluan buat keluarganya.Namun,kegagalan melaksanakannya akan menyebabkan keluarganya porak-peranda.Dalam novel ini,bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam hingga sanggup memukul ibunya.Keadaan itu menyebabkan Amri berubah sikap dan menjadi nakal di sekolah.

          Persoalan yang kedua dalam novel ini ialah kasih sayang ibu terhadap anaknya.Contohnya,emak Amri sangat sayang dan mengambil berat terhadap Amri.Segala keperluan Amri sedaya upaya akan dipenuhinya walaupun dia sendiri berada dalam keadaan lemah.

          Persoalan yang ketiga dalam novel ini ialah peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah.Contohnya,Sapura dilambangkan sebagai pengawas yang amanah dan berani dalam melaksanakan tugasnya.Dia tidak takut akan ugutan dan ancaman.Dia berani melaporkan kegiatan Amri yang memeras ugut Saleh kepada guru disiplin.

           Persoalan yang keempat dan terakhir ialah prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan bantuan.Contohnya,Sapura dan ayahnya bersimpati akan nasib yang menimpa Amri dan ibunya.Mereka sekeluarga menghantar ibu Amri yang cedera di dahi dan Amri yang cedera dipukul penyamun ke hospital.

           Inilah tema dan beberapa persoalan yang terdapat dalam novel Hikmah.

3 comments:

  1. Dharshini, blog awk mmg cantik tapi susah sikit untuk baca. maybe awk bleh tukar ke tulisan yg sng untuk semua org baca. OMT, mcm mna nk follow awk pnya blog? xkeluar pun follow me.

    ReplyDelete