66FF66

Friday 9 August 2013

Mengukuhkan Hubungan Kejiranan

    "Salah satu keistimewaan dan kelebihan Malaysia ialah rakyatnya."Pasti anda tertanya-tanya,apakah keunikan rakyat Malaysia yang membolehkan mereka berkata demikian?Jawapannya ialah integrasi.Menurut Kamus Dewan edidi keempat,integrasi didefinisikan sebagai perpaduan dan kerjasama dalam sesebuah organisasi atau badan tertentu.Apabila sesebuah masyarakat mencapai taraf integrasi,perkara ini merupakan sesuatu yang harus dibanggakan.Malaysia kini telah menjadi negara model kepada negara lain keranan rakyatnya yang mempunyai komposisi kaum,etnik,budaya,etika yang berbeza mampu bersatu padu menjayakan apa-apa misi yang digariskan oleh kerajaan.Anjakan paradigma dalam pemikiran rakyat Malaysia melestarikan impak yang menyeluruh dalam kehidupan bermasyarakat serta evolusi progresif dalam hubungan silaturahim memaparkan ketamadunan dan kebijaksanaan rakyat Malaysia.Pendek kata,legasi yang telah diwarisi daripada Bapa Perpaduan kita,Tun Dato' Hussein Onn kepada kita tidak pernah luput dalam memori setiap anak watan.

    Walau bagaimanapun,isu kerenggangan hubungan antara jiran tetangga kini menjadi isu yang akan menyebabkan kepincangan negara.Senario ini menjadi salah satu daripada penyumbang kepada peningkatan kes jenayah di kawasan perumahan.Hal sebegini jika berterusan untuk jangka masa yang panjang akan mengakibatkan kepincangan dalam masyarakat kerana komuniti tidak lagi bertegur sapa akibat tiada sikap bantu-membantu.Adakah kita selesa jika keselamatan kawasan perumahan terus tergugat dan sering di intip si perompak dan jiran kita tidak mahu menolong?Tepuk dada tanyalah selera.

    Institusi jiran tetangga di kawasan perumahan perlu senantiasa bertoleransi dan bersifat terbuka.Nilai toleransi yang menekankan aspek kesabaran dan keupayaan mengawal diri perlu ditanam dalam sanubari setiap individu.Perasaan syak wasangka tidak akan wujud sesama mereka dan natijahnya,bukan sahaja hubungan kejiranan dikukuhkan,malah perasaan empati,perikemanusiaan dan baik hati juga mula diaplikasikan dan dipraktikkan sesama mereka.

   Institusi keluarga juga berperanan dalam mengukuhkan hubungan kejiranan.Fokus keluarga adalah lebih condong kepada ibu bapa dan anak.Ibu bapa seharusnya memaparkan contoh terbaik kepada anak mereka mengenai tatasusila dan cara bergaul dengan jiran.Jika ibu bapa mampu berbuat demikian,tentulah anak akan bergaul dengan jiran mereka dengan harmoni.Anak juga perlu didedahkan cara bersosial dan bertutur dalam nada yang sopan dengan jiran mereka,serta berpegang teguh kepada nilai toleransi.Sekiranya konsep kejiranan mampu didukung oleh setiap individu dan digunakan dengan cara yang betul,sesebuah negara dan mencapai tahap ketamadunan yang lebih tinggi.Jadi,marilah kita bersama-sama merealisasikan misi ini dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berprestasi tinggi.Hidupkan semangat kejiranan sesama kita.