66FF66

Saturday 29 June 2013

Closest In Meaning

Frequently Used Phrasal Verb in PMR


  • hand in                - deliver,pass on,present,submit
  • break into            - to enter(a field of activity)
  • burst into(tears)  - to cry suddenly
  • march past           - to move in a file or formation past someone or something
  • lack of                  - to be missing or deficient
  • take away             - remove from a certain place,environment,mental or emotional state
  • point out              - to indicate or specify
  • run into                 - to meet or find by chance
  • put off                   - to delay or postpone
  • call on                   - to order or request to undertake a particular activity
  • check in                - to register,as at a hotel
  • give away              - to reveal or make known,often accidentally
  • take in                   - to grant admittance to ;receive as a guest or an employee
  • decide on               - to choose someone or something from a number of possible choices
  • put forward           - to propose for consideration
  • look up                  - to search for and find,as in a reference book
  • break up                - to separate or detach oneself,as from a group
  • hike up                  - pull up or increase
  • share out               - to allow someone to use or to have something that you own
  • count down           - to recite numerals in descending order,as during a countdown
  • hand out               - to distribute freely
  • stand off               - to stay at a distance;remain apart or aloof
  • step up                  - to improve one's perfomance or take on more responsibility,especially at a          crucial time                                                                                                                   
  • go for                   - to have a special liking for
  • think about         - take into consideration
  • look forward       - expect or hope for
  • blow out              - to extinguish or be extinguished by a gust of air
  • turn up                - to make an appearance;arrive
  • put up with         - to endure without complaint
  • work out             - to accomplish by work or effort
  • turn off               - to shut off
  • switch off           - to cause (a device) to stop operrating by or ad it by moving a switch,knob or lever
  • drop off              - to grow smaller or less;decline
  • set about            - to begin or start
  • move into          - to come or go into   

Thursday 27 June 2013

Sand and Stone

A story tells that two friends were walking through the desert.During some point of the journey they had an argument,and one friend slapped the other one in the face.The one who got slapped was hurt,but without saying anything,wrote in the sand:"TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE."

They kept on walking untill they found an oasis,where they decided to take a bath.The one,who had been slapped,got stuck in the mire and started drowning,but the friend saved him.After the friend recovered from the near drowning,he wrote on a stone:"TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE."

The friend who had slapped and saved his best friend asked him,"After I hurt you,you wrote in the sand and now,you write on a stone,why?"

The other friend replied:"When someone hurts us,we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away.But,when someone does something good for us,we must engrave it in stone where no wind can ever erase it."

<LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND AND TO CRAVE YOUR BENEFITS IN    STONE>

Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah

   Pentas terbaik anak-anak kita menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah.Sekolah juga ialah platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa kelak.Kerajaan negara kita yang berprihatin senantiasa mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah yang sesuai bagi pendidikan anak-anak kita.Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan kawasan sekolah bagi kebaikan semua warga sekolah dan membentuk generasi berpendidikan pada zaman akan datang yang sihat dan sejahtera.

   Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah.Sampah-sampah yang diuruskan dengan sempurna di dalam kelas memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa.Sikap pelajar yang menjalankan tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin dan bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar sampah.Melalui ini,tumpuan pelajar-pelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari itu dengan lebih berkesan.Guru-guru juga kita tidak akan membazirkan masa pengajaran mereka dengan menyuruh murid membersihkan kelas.Secara tidak langsung,sesi pembelajaran dan pengajaran akan dilaksanakan dengan sempurna.

   Seterusnya,kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan mengharumkan nama sekolah.Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat luar.Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya bahagian pentadbiran sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya.Sekolah yang memiliki kawasannya dalam keadaan bersih akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah terdekat dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan.Oleh yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan kawasan setiap masa.

   Di samping itu,pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika kawasan sekolah bersih selalu.Kawasan sekolah yang bebas sampah-sampahyang boleh bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggiyang dapat membahayakan nyawa anak-anak kita.Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk manakala semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang berbahaya.Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit tidak mengancam
kesihatan anak-anak kita.Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan bebas daripada sebarang kemungkinan.Oleh itu,usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.

   Tambahan pula,kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamt.Matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah kebersihan.Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan kewujudan kawasan sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang gangguan.Aktiviti perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek kebersihan.Melalui ini,pelajar akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain kokurikulum.

    Kesimpulannya,dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan seperti mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim,nescaya kekotoran dan sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan bersih dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga,'Jiwa yang Suci Terpancar daripada Diri yang Bersih,'.Justeru,marilah kita bersama-sama memastikan kawasan sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.

Monday 24 June 2013

CONTOH JAWAPAN KOMSAS TINGKATAN 1

Soalan 1
Berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan satu iaitu novel Hikmah nyatakan tema dan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.Nyatakan contoh-contoh peristiwa yang sesuai dengan kenyataan yang diberikan.

          Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan satu iaitu novel Hikmah terdapat tema dan beberapa persoalan dalam novel tersebut.Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tigkah laku.Contohnya Amri ialah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya.Malangnya sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.Ayahnya yang terlibat dalam perjudian dan dadah sering merampas wang dan barang kemas daripada ibu Amri.Amri yang melihat kekasaran ayah terhadap ibunya merasa marah.Untuk melepaskan tekanan dan kemarahannya Amri memeras ugut pelajar yang lemah dan meminta wang perlindungan.

          Persoalan yang pertama dalam novel ini ialah tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga.Contohnya sebagai ketua keluarga bapa bertanggungjawab menyediakan segala keperluan buat keluarganya.Namun,kegagalan melaksanakannya akan menyebabkan keluarganya porak-peranda.Dalam novel ini,bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam hingga sanggup memukul ibunya.Keadaan itu menyebabkan Amri berubah sikap dan menjadi nakal di sekolah.

          Persoalan yang kedua dalam novel ini ialah kasih sayang ibu terhadap anaknya.Contohnya,emak Amri sangat sayang dan mengambil berat terhadap Amri.Segala keperluan Amri sedaya upaya akan dipenuhinya walaupun dia sendiri berada dalam keadaan lemah.

          Persoalan yang ketiga dalam novel ini ialah peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah.Contohnya,Sapura dilambangkan sebagai pengawas yang amanah dan berani dalam melaksanakan tugasnya.Dia tidak takut akan ugutan dan ancaman.Dia berani melaporkan kegiatan Amri yang memeras ugut Saleh kepada guru disiplin.

           Persoalan yang keempat dan terakhir ialah prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan bantuan.Contohnya,Sapura dan ayahnya bersimpati akan nasib yang menimpa Amri dan ibunya.Mereka sekeluarga menghantar ibu Amri yang cedera di dahi dan Amri yang cedera dipukul penyamun ke hospital.

           Inilah tema dan beberapa persoalan yang terdapat dalam novel Hikmah.

Saturday 22 June 2013

Best Friends

Saat ku salah,
kamu di sebelahku,
Saat ku sedih,
kamu di sampingku,
tak lagi pernah rasa sepi,
kerana kalian di hidupku,
ku selalu berjanji,
kau kawan sejati.

Kamu yang hanya peduli dengan aku,
kamu yang selalu membelakan ku,
saat ku mahu untuk berbagi,
tak lagi ku merasa sunyi.

ku katakan denganmu,
ku selalu ada di sini untuk kamu,
anda tak bersendirian lagi,
jangan pernah lagi kau takut,
ku akan selalu ada untuk mu.

YOU ARE MY BEST FRIENDS FOREVER
<WE ONLY EVER & EVER>

SUNGIRLS FOREVER ^_^

Friday 21 June 2013

Contoh Karangan Gejala Vandalisme

        Vandalisme atau perbuatan merosakkan harta benda awam masih lagi berlaku dan kesudahannya belum berakhir.Isu vandalisme ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua lapisan masyarakat.
      
       Maksud vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam.Contohnya,termasuklah merosakkan tandas awam,telefon awam dan taman permainan.Vandalisme berlaku kerana remaja tidak mempunyai sifat sayang akan harta benda awam dan tidak mengetahui kepentingan kemudahan ini sewaktu berlaku kecemasan.

        Dalam pada itu,kerajaan juga terpaksa membelanjakan peruntukan yang besar untuk membaiki kerosakan tersebut di samping imej negara akan tercalar pada pandangan pelancong luar yang melawat negara.

        Apakah punca berlakunya vandalisme?Pengaruh rakan sebaya dan televisyen boleh menyebabkan vandalisme.Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaannya,golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja berkumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul maka akan timbul pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

       Ibu bapa juga adalah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja.Contohnya,ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kasih sayang dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

      Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat.Masyarakatyang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu sosial sememangnya merumitkan maslah yang sedia wujud.Menurut kajian kebanyakan masalah vandalisme berlaku di kawasan bandar.Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar.Sikap sesetengah penduduk yang tidak ambil peduli terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka menyebabkan remaja berasa diri mereka bebas.

     Intihannya,semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini kerana remaja bakal pemimpin pada masa hadapan.Janganlah sudah terhantuk baru tengadah kerana jika nasi sudah menjadi bubur,langkah efektif yang cuba dilakukan pasti tiada gunanya.

Yang Ku Mahu


Aku dahagakan belaian
Aku mahukan kebahagiaan
Aku inginkan ketenangan
Aku benci kebencian
Aku teruskan kesabaran
Aku mengkaji kelemahan
Aku mencari penyelesaian
Dan aku teruskan
PERJUANGAN!<_>

Thursday 20 June 2013

PERSAHABATAN

    Sahabat ialah seorang yang indah dan selalu menemani kita.Kalau tak ada sahabat sebelah kita,kita akan rasa sedih,bosan dan sebagainya.Bukan itu sahaja,tak mustahil seakrab mana pun persahabatan kamu semua,pasti ada asam garamnya juga.Pasti tak setiap masa kamu semua akan setuju dengan perbuatan dan kata-katanya.

     Kalau dah terlanjur berselisih faham pula.Jadi kita haruslah menjaga dan cuba rapatkan kembali persahabatan antara kita.Pasti semua akan risau.BENARKAN ITU???

Saya punya tips sedikit.
  
 AJAK MAKAN BERSAMA
     
      Sepatutnya tidak sukar untuk kamu semua berlagak seperti biasa dan mengajaknya makan di kantin sekolah seperti sebelum-sebelumnya.Tapi kalau nak bagi sahabat lebih teruja,ajaklah dia menikmati hidangan di restoran kegemaran kamu semua dan dia.Kalau tak nak rasa canggung pastikan kamu semua bersedia dengan pelbagai cerita-cerita menarik untuk dikongsi bersamanya.

HADIAHKAN SESUATU SETIAP KALI
   
     Kamu semua dan sahabat mungkin berkongsi minat yang sama.Sebagai contoh,mengumpul majalah,menulis lagu,menciptakan puisi dan sebagai-bagainya.Kebetulan kamu semua terbaca statusnya di FACEBOOK bahawa dia tak sempat membeli majalah,menulis lagu atau menciptakan puisi yang terbaru.Itu adalah jalan mudah atau masa tertentu untuk menghadiahkan yang dia inginkan kepadanya.Pasti dia akan terharu dan lebih menyayangi kamu semua.

BERKONGSI CERITA SELEBRITI

     Siapa yang tak suka mendengar berita terbaru artis kegemarannya,kan? Ia juga adalah salah satu cara mudah untuk mengakrabkan persahabatan dengan berkongsi perkara-perkara yang saling disukai.Jadi kalau ada perselisihan faham tu,mungkin boleh dilembutkan kembali dengan cerita artis kegemarannya.
     Sebagai contoh,dia seorang Directioner atau Belieber.Jadi,kalau ada sebarang informasi terbaru tentang One Direction atau Justin Bieber di Twitter,kamu semua beritahu sahaja namanya.Begitu juga di Facebook,kamu semua boleh tag dia dalam post terbaru tu.
     Kamu semua juga mungkin boleh dapatkan sumber dari tempat lain seperti website dan blog dan share dengannya.Pasti dia suka dan mengajak kamu semua berbual seperti biasa.

BELANJA MENONTON WAYANG
   
     Kamu semua dan sahabat pasti sudah saling mengenali pelakon idola masing-masing.Kebetulan,filem terbaru pelakon idolanya sedang ditayangkan di pawagam.Ajak dia berbual tentang filem-filem lakonan pelakon idolanya itu dan mungkin kamu semua juga boleh berbahas dengannya dan memihak kepada pelakon idola kamu semua.
     Perbualan akan jadi lebih menarik.Akhir sekali,ajak dia menonton filem terbaru pelakon idolanya dan katakan kamu semua akan belanja tiketnya.Dah tentu tiada ruang untuk dia menolak.

MINTA BANTUAN

      Kamu semua tentu arif tentang kelebihan dan kekurangan sahabat.Sesiapa juga pasti akan berasa dihargai apabila orang meminta bantuan dalam bidang yang dikuasainya.Kamu semua cubalah gunakan kelebihannya untuk berbaik semula.
      Sebagai contoh,sahabat kamu semua tu pandai mengedit gambar dan blog,minta bantuannya kemudian teruskan kongsikan hasilnya di Facebook dan mention namanya serta ucapkan terima kasih.Apabila dihargai,hatinya juga akan senag dan pasti sengketa lama akan terhapus.

YHA...inilah tips daripada saya...siapa ada masalah,tolonglah menyelesaikan dengan segera dan dengan cara yang betul.
 Apabila dah berselisih faham,mungkin lepas tu persahabatan akan jadi kurang seronok.Situasi canggung pasti akan berlaku.Jadi,kamu semua kenalah yakin apabila memujuk sahabat.Buatkan dia rasa bahawa kamu semua adalah seorang sahabat sejati.

GOOD LUCK!!! ^_^

PUISI UNTUK TEMAN-TEMAN SUNGIRLS


Hello teman sejatiku,
Mengapa sedih,
desak sakit hati,
menghadapi hidup ini.

Jangan ragu kepadaku,
kusiap mendengar kisahmu,
I'll be there for you 
Anything for you
Setia berjalan bersamamu.

Setia di dalam duka,
Setia di dalam suka,
Ku selalu menjadi temanmu,
Temanmu yang selalu setia.

I'll be there for you,
Anything for you,
Setiap berjalan bersamamu.
<SETIA>