66FF66

Saturday 13 July 2013

Contoh Karangan Laporan

Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan suatu program "Minggu Bahasa Kita".Sebagai setiausaha persatuan,anda telah diminta untuk menyediakan suatu laporan tentang program tersebut.Tulis laporan anda selengkapnya.

                                                           
                                         Laporan Program "Minggu Bahasa Kita"
                                     Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas,Kulim  

                  
             Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas telah menganjurkan program "Minggu Bahasa Kita" bermula 16 Jun 2013 hingga 20 Jun 2013.Program tahunan telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Pengetua,Tuan Haji Subberi Bin Ramli,di dewan terbuka sekolah ini.

            Sepanjang program ini,pelbagai acara yang berkaitan dengan bahasa telah diadakan.Antaranya ialah bercerita,pertandingan pidato,berbalas pantun,kuiz bahasa,pertandingan penulisan kreatif,pertandingan mendeklamasikan sajak dan persembahan drama.Melalui acara-acara tersebut,pelajar-pelajar bukan sahaja dapat menonjolkan dan mengasah bakat,malah dapat meningkat daya fikir dan penguasaan Bahasa Melayu mereka.Selain itu,acara-acara ini dapat juga menyedarkan tentang betapa indah dan pentingnya bahasa kita.

            Semua acara yang diadakan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar.Mereka yang mengambil bahagian turut kesungguhan yang tinggi.Pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian turut memberi sokongan bagi memeriahkan program yang dijalankan.

           Semua pertandingan yang diadakan dihakimi oleh guru-guru Bahasa Melayu iaitu Pn.Nurul Aini,Encik Izamil Darut,Cik Karida Hassan dan diketuai oleh Guru Kanan Bahasa Melayu Puan Noraini Abdul Rahman.Bagi pelajar-pelajar yang berjaya dalam setiap pertandingan itu akan diberi peluang oleh pihak sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan yang berkenaan.

          Pada hari terakhir,suatu persembahan drama telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.Walaupun persembahan drama yang bertajuk "mesej" itu berunsur komedi,namun surat oleh pengajaran yang boleh menunjukkan betapa pentingnya bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul dan baik.Sebelum majlis ditutup,Pengetua telah menyampaikan hadiah dan sijil-sijil kepada para pemenang dalam setiap pertandingan yang diadakan.

       "Minggu Bahasa Kita" pada tahun ini berjaya mencapai matlamatnya.Hal ini demikian kerana adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada para urus setia dan pelajar-pelajar serta guru-guru sekolah ini.Pihak persatuan berharap agar program-program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.


Disediakan oleh,                                                                                                        04 JULAI 2013.

      Nina
................................
(Nina Khairena Binti Muhamad Harman)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas.

28 comments:

  1. karangannnya sekuat kuatnya bagus

    ReplyDelete
  2. karanga ada sedikit salah tatabahsa jaga jaga

    ReplyDelete
  3. karangan bagus tetapi tiada sesi lawatan. dengan sesi lawatan karangan akan lebih baik dan boleh membantu dengan lebih senang.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Pencari Ketenangan17 February 2016 at 00:41

    Terima.Kasih karangan ini menolong sya

    ReplyDelete
  8. thanks mohon copy awak punya contoh karangan taw thanks lagi😘

    ReplyDelete
  9. Bagus nak salin

    ReplyDelete
  10. karangan kau sucks like hell

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suruh you untuk baca karangan I if you feel like hell...get a life man..

      Delete
    2. ohhhhhhhhhhhhhh...epic burn

      Delete
  11. Bagus karangan
    boleh dibuat rujukan..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sungirls...karangan yang sangat bermanfaat!

    ReplyDelete
  13. bapak teruk karangan kau tho

    ReplyDelete